Saturday 31 December 2011

Rawatan jerawat menggunakan kaedah perubatan


Ubat-ubat jerawat disediakan dalam berbagai bentuk seperti:
• Ubat sapu (krim, losen, gel dan pencuci bentuk cecair)
• Ubat makan (pil, kapsul)

Terdapat pelbagai jenis rawatan jerawat bergantung kepada tahap keterukan. Ianya termasuk:

Emollients
Benzoil peroksida, asid salisilik
Hormon, termasuk pil perancang keluarga
Antibiotik
Retinoids - seperti Isotretinoin

Emollients

Fungsi Emollients adalah seperti mencairkan sisa/daki (terutama di zon T yang berminyak), menyingkirkan sel mati yang menyumbatkan liang roma, menghasilkan kulit yang licin dan lembut dan mengekalkan lembapan di kulit. Contoh bahan seperti Balneum.

Benzoil Peroksida, Asid Benzoik, Asid salisilik

Fungsi adalah untuk menghalang bakteria dan seterusnya menghalang pembiakan bacteria. Contoh ubat seperti:

Akneroxid 5 / Akneroxid 10, Benzac AC, Brevoxyl, Panoxyl (mengandungi benzoil peroksida)
Clearasil (mengandungi bahan aktif asid benzoik)
Palmer's skin success acne medication (mengandungi bahan aktif asid salisilik)
Hormonal (termasuk pil perancangan keluarga)

Berfungsi untuk menghalang penghasilan minyak, menghalang ovulasi dan mengatur kedatangan Haid (bagi wanita sahaja) Contoh ubat seperti Diane 35.

Antibiotik

Berfungsi untuk:

Menyerang kuman yang boleh membuat jerawat bertambah teruk
Menghalang pembiakan bakteria
Mengurangkan kemerahan dan bengkak
Jenis antibiotik yang perlu digunakan untuk merawat masalah jerawat pula adalah:

Tetracycline
Aknemycin, Eryderm (Erythromycin
C-mycin, Dalacin-T, Topicil (Clindamycin)
Retinoids

Berfungsi untuk:

Menghalang liang roma dari tersumbat
Memberi kesan anti-radang
Jenis ubat:

Isotrex, Oratane (Isotretinoin)
Retacnyl, Retin-A, Stieva-A, Tretinon (Tretinoin)

Monday 26 December 2011

Basyira ♥ maisara

Mama baru lepas marah maisara.. Dia menangis pastu aku mmg malas nak pujuk.. Bila dia tau mama dia x kan pujuk.. Basyira akan mula memain peranan sebagai kakak kpd maisara dan mula memujuk... Basyira mmg seorg yg sgt penyayang...

Thursday 22 December 2011

Pesanan Buat Bakal Isteri Dari Ibu


Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.”
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu
kenal dan teman hidup yang baru.

Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua,
Berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat,
Memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam,
Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan,
Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh,
Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya (suami) daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.

Tuesday 20 December 2011

♥♥♥

My lovely iPhone ♥♥
Tetiba tsyoik pulak kat hset aku..
Hset yg paling terbaik yg pernah aku miliki...

Monday 19 December 2011

Hari kiamat pada 21/12/2012??


2012/12/21 ??
adalah hari ketika seluruh dunia kita tercinta akan mengambil nafas terakhir.

Bukan hanya ini, masa yang dijangka tepat 11.11 GMT. Menyatakan kalender Maya fakta tentang akhir dari planet pada 21 Disember 2012.

Sejumlah penemuan juga dijangka situasi yang sama dengan hari kiamat.
NASA telah menjangkakan ledakan besar akan menghentam bumi pada tahun 2012 serta alasan dinyatakan sebagai pertembungan antara asteroid dan komet.

Bahkan matahari semakin panas dan pembebasan sinar dan gas boleh mendedah serta planet ini boleh terbakar juga.Matahari memiliki kecenderungan untuk menarik dan membubarkan planet dan ini boleh menjadi benar dalam mereka tahun 2012.

Orang-orang mendapatkan sedikit takut, tetapi kenyataannya adalah luar biasa di kali.

Anda harus telah mengamati bagaimana seluruh dunia berubah seiring dengan pola setanding untuk penemuan di ramalan.

Beberapa kali, kita mengabaikan panggilan, tapi itu benar-benar cukup baik yang disebutkan dalam semua kitab suci agama bahawa planet ini telah berakhir.

Juga Menurut ajaran Alkitab, bila ada kejadian tertentu harus terjadi, sebuah meteor asteroid, besar atau komet akan menghancurkan ke planet bumi yang besar dan indah kita.Jika kita memperhatikan apa yang didedahkan kepada kita dalam Kitab Wahyu kita akan mendapati bahawa acara ini cukup dekat dengan yang terjadi.

Akhir dunia mungkin tidak berada di Decmber 21 2012 tapi ada harus berakhir sebaliknya.
Hal ini membuat individu tambahan gelisah.

Permukaan di bumi menjadi jauh lebih panas berbanding dengan abad yang lalu.Setiap kali anda kembali ke sumber-sumber asas anda, ia mengatakan bahawa keadaan yang sama dalam pembentukan dunia, kerana ia boleh di ramalan akhir seluruh dunia.2012/12/21 mungkin menjadi akhir alam, tapi sekali lagi titik terletak pada keyakinan anda.Orang-orang dapat memberikan fakta dan nombor, tapi menjadi berpendidikan, anda perlu menganalisis hal sendiri.

Bagi saya karut jer semua nih……kiamat tu takder siapa yang tahu, jangan percaya…

Tanda-tanda besar hari kiamat menurut AGAMA ISLAM

Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda besar

•Hijaunya bumi arafah.
•Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah @perceraian tidak diluluskan mahkamah.
•Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.(Komputer?)
•Keluar asap tebal dibumi hijaz.(Perang iraq-kuwait 1990)
•Munculnya nabi palsu yang ke 40.(sekarang sudah 38 orang)
•Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.( pertamanya ilmu faraid)
•Berlaku perang besar dikawasan kaukasus ( israel-turki-eropah-russia)
•Runtuhnya Ka’abah diserang oleh orang habshah(sudan-etophia-eriteria.)
•laut merah kering.
•3 kali gempa bumi,(bom nuklear)sekali di timur(Korea utara), sekali di barat(USA), ketiga di Semenanjung Arab.(oleh tentera New World Order)
•Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.(Gog & Magog)memakan mayat mayat perang.
•Bermulalah kekuasaan Dajjal.
•Munculnya Imam Mahdi.
•Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.
•Matahari terbit dari ufuk barat.
•Terdengar tiupan sangkakala pertama

Tanda-tanda kecil banyak sangat dah berlaku pun .?Jadi….tepuk dada tanya selera…

Tanda2 kiamat kecil telah lengkap..

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Monday 12 December 2011

Keguguran rambut

Makin lama makin sikit rmbt aku.. Drpd lebat...
Setiap kali sikat byk ni gugur...
Apa hal la ni..
Org tua2 kata sbb ank menyusu bdn..
Tp skrg ape pulak alasan nya.. Ank2 aku da lama stop menyusu bdn..
Adehhhh..
Sikit hari confirm botak???

Sunday 11 December 2011

Basyira x sehat

Kesian ank mama ni.. Kerap sgt kene asthma.. Nakal sgt budak ni.. Ssh betol nak control..

Kalo dia da mula selsema... Batok ... Kene bjage2 la..

skrg da berusia 4thn 2bln 1hr..

Gerhana bulan

Alhamdullilla.. Aku dpt gak tengok...
Indah sungguh ciptaan ALLAH..

Saturday 10 December 2011

Breakfast ♥

Nasi lemak mr ayah beli sebelom g johor ♥♥♥


Thx ♥ cayunk ♥

Thursday 8 December 2011

Rahsia 25 tanda sakit

Artikel ini sangat bagus untuk rujukan kita semua. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.

Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1.MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)

Mata menjadi merah :
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan Kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur :
berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi Mata :
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air Mata :
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan Mata Dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2.HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin ;
A. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

B. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3.BATUK
Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa Hari memakan RG..
Batuk Dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong Dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4.KERONGKONG
Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5.BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
Bibir pucat
A. Sistem penghadaman yang lemah.

B. Perut mengandungi angin.

C. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

2. Bibir kering Dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6.MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7.TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)
Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8.KULIT BERPELUH :
A) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

B) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9.RUAM DAN BISUL
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10.KULIT GATAL DENGAN RUAM
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan umbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
A. Sakit Sendi

Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan Dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
B) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

C) Kebas Tangan Kiri Dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.

Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

D) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

E) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.

F) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

G) Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

H) Gatal Celah-celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.

Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA

Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

I) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

Ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA

Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING

Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
A. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

B. MUNTAH DARAH

Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
A) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

B) AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

C) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

D) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

E) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
A) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari

usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

B) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

C) NAJIS BERDARAH

Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
D) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
A) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan?saluran darah.

Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

B) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH :
badan mengandungi asid yang berlebihan.

C) BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini

menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

D) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
Sistem jantung yang lemah.
Sistem saraf otak yang lemah.
Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.

Wednesday 7 December 2011

Ckp x serupa bikin

Udah2 la tu.. Berbulu da telinga aku ni dgr.. Sampai 1 pon ko ckp aku x percaya.. Bukan x nak bg sokongan.. Tp ko ckp x serupa bikin.. Last2 lantut ko.. Sorry aku x mo amik port da.. Lantak ko la.. Lu pikir la sendiri.. Assalammualaikom!!!

Bukti ni ♥

Yeayyy... Negatif..♥ bukti tau...
Buat mase ni kalo bole mmg aku x nak mengandung lg.. Ekonomi belom stabil lg...
Alhamdullillah.. Allah maha mengetahui..

Monday 5 December 2011

Seram sejuk

Adakah aku mengandung lagi???
Baru sehari lewat.. Da seram... Adehhh..
Aku blom bersedia.. Tp kalo ALLAH da amanahkan aku kene redha...insyaallah...

SMS Berkenaan Air Minuman Yang Tercemar Dengan Darah HIV


Isu penyebaran SMS secara meluas yang menyeru pengguna supaya tidak mengambil minuman seperti Pepsi, Tropicana, 7up dan beberapa minuman lain kerana mempunyai campuran darah yang dijangkiti penyakit HIV adalah palsu.

Naib Presiden Pemasaran Permanis Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan, berkata ada individu yang cuba menyebarkan SMS palsu itu tanpa usul periksa.

Perkara itu dipercayai ditulis dalam sebuah laman web dari luar negara pada Julai lalu mengenai insiden darah HIV kononnya sengaja dicampurkan dalam minuman popular dan maklumat tidak dipercayai rakyat negara itu sendiri.

sumber: HMetro

Berikut adalah mesej tersebut yang dihantar :

"“Utk beberapa hari akan datang, jangan mengambil minuman dari mana – mana produk dari syarikat Pepsi, Tropicana juice, Slice, 7UP, Coke dan lain – lain kerana ada pekerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yang tercemar dengan HIV. Tengok Ntv7. Sebarkan kepada orang tersayang”

“the next few days, do not drink any prdct frm pepsi compny like Pepsi,Tropicana Juice,Slice,7up, Coca Cola,etc,as a worker frm the cmpny added his bloog cntaminatd wit HIV.watch NTV7.plz 4ward this 2 every1 u care abt.”

sumber: HMetro

Apapun, kesahihan mesej ni masih lagi belum dibuktikan benar. Yang paling menakutkan mesej tu ditulis sila tengok kat NTV7 tentang minuman tin tercemar HIV. Apa yang pasti, ada kemungkinan juga mesej ni sengaja untuk menakutkan orang ramai supaya tidak lagi membeli minuman tin.


Sunday 4 December 2011

Berpuasa 9 Muharram

Hadis: Siapa yang berpuasa sembilan hari pertama bulan Muharram maka Allah akan bangunkan untuknya satu kubah di udara, yang memiliki empat pintu, tiap pintu jaraknya satu mil. (Hadis palsu, sebagaimana keterangan Ibnul Jauzi dalam Al Maudlu’at, 2/199, dan As Syaukani dalam Al Fawaid Al Majmu’ah, hal. 45)
Hadis: Siapa yang berpuasa hari terakhir bulan Dzulhijjah dan hari pertama bulan Muharram, berarti dia telah mengakhiri penghujung tahun dan mengawali tahun baru dengan puasa. Allah jadikan puasanya ini sebagai kaffarah selama lima tahun. (Hadis dusta, karena di sanadnya ada dua pendusta, sebagaimana keterangan As Syaukani dalam Al Fawaid Al Majmu’ah, hal. 45)
Hadis: Sesungguhnya Allah mewajibkan bani israil berpuasa sehari dalam setahun, yaitu hari ‘Asyura, yaitu hari kesepuluh bulan Muharram. Karena puasalah kalian di bulan Muharram dan berilah kelonggaran (makan enak dan pakaian baru) untuk keluarga kalian. Karena inilah hari di mana Allah menerima taubat Adam ‘alaihis salam… (Al Fawaid Al Majmu’ah, hal. 46)
Hadis: Siapa yang berpuasa sehari di bulan Muharram maka untuk satu hari puasa dia mendapat pahala puasa tiga puluh hari. (Hadis palsu, sebagaimana keterangan Al Albani dalam Silsilah Hadis Dlaif, no. 412)
Hadis: Bulan yang paling mulia adalah Al Muharram (Hadis dlaif, sebagaimana keterangan Al Albani dalam Dlaif Al Jami’ As Shagir, no. 1805)
Hadis: Pemimpin umat manusia : Adam, pemimpin bangsa arab : Muhammad, pemimpin bangsa romawi : Shuhaib Ar Rumi, pemimpin bangsa persia : Salman Al Farisi, pemimpin bangsa Habasyah : Bilal bin Rabah, pemimpin gunung : gunung Sina, pemimpin pohon : bidara, pemimpin bulan : Muharram, pemimpin hari : hari jum’at….(Hadis palsu, sebagaimana keterangan Al Albani Dlaif Al Jami’ As Shaghir, no. 7069)
Amalan sunnah di bulan Muharram

Memperbanyak puasa selama bulan Muharram
Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أفضل الصيام بعد رمضان ، شهر الله المحرم

“Sebaik-baik puasa setelah Ramadlan adalah puasa di bulan Allah, bulan Muharram.” (HR. Muslim)

Dari Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma, beliau mengatakan:

ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضَّلة على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء ، وهذا الشهر – يعني شهر رمضان

“Saya tidak pernah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memilih satu hari untuk puasa yang lebih beliau unggulkan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura’, dan puasa bulan Ramadlan.” (HR. Al Bukhari & Muslim)

Puasa Asyura’ (puasa tanggal 10 Muharram)
Dari Abu Musa Al Asy’ari radliallahu ‘anhu, beliau mengatakan:

كان يوم عاشوراء تعده اليهود عيداً ، قال النبي صلى الله عليه وسلم : « فصوموه أنتم ».

Dulu hari Asyura’ dijadikan orang yahudi sebagai hari raya. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Puasalah kalian.” (HR. Al Bukhari)

Dari Abu Qatadah Al Anshari radliallahu ‘anhu, beliau mengatakan:

سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang puasa Asyura’, kemudian beliau menjawab: “Puasa Asyura’ menjadi penebus dosa setahun yang telah lewat.” (HR. Muslim & Ahmad)

Dari Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma, beliau mengatakan:

قَدِمَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ . فَقَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – لأَصْحَابِهِ « أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ ، فَصُومُوا ».

Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai di Madinah, sementara orang-orang yahudi berpuasa Asyura’. Mereka mengatakan: Ini adalah hari di mana Musa menang melawan Fir’aun. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para sahabat: “Kalian lebih berhak terhadap Musa dari pada mereka (orang yahudi), karena itu berpuasalah.” (HR. Al Bukhari)

Keterangan:

Puasa Asyura’ merupakan kewajiban puasa pertama dalam islam, sebelum Ramadlan. Dari Rubayyi’ binti Mu’awwidz radliallahu ‘anha, beliau mengatakan:

أرسل النبي صلى الله عليه وسلم غداة عاشوراء إلى قرى الأنصار : ((من أصبح مفطراً فليتم بقية يومه ، ومن أصبح صائماً فليصم )) قالت: فكنا نصومه بعد ونصوّم صبياننا ونجعل لهم اللعبة من العهن، فإذا بكى أحدهم على الطعام أعطيناه ذاك حتى يكون عند الإفطار

Suatu ketika, di pagi hari Asyura’, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus seseorang mendatangi salah satu kampung penduduk Madinah untuk menyampaikan pesan: “Siapa yang di pagi hari sudah makan maka hendaknya dia puasa sampai maghrib. Dan siapa yang sudah puasa, hendaknya dia lanjutkan puasanya.” Rubayyi’ mengatakan: Kemudian setelah itu kami puasa, dan kami mengajak anak-anak untuk berpuasa. Kami buatkan mereka mainan dari kain. Jika ada yang menangis meminta makanan, kami memberikan mainan itu. Begitu seterusnya sampai datang waktu berbuka. (HR. Al Bukhari & Muslim)

Setelah Allah wajibkan puasa Ramadlan, puasa Asyura’ menjadi puasa sunnah. A’isyah radliallahu ‘anha mengatakan:

كان يوم عاشوراء تصومه قريش في الجاهلية ،فلما قد المدينة صامه وأمر بصيامه ، فلما فرض رمضان ترك يوم عاشوراء ، فمن شاء صامه ، ومن شاء تركه

Dulu hari Asyura’ dijadikan sebagai hari berpuasa orang Quraisy di masa jahiliyah. Setelah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau melaksanakn puasa Asyura’ dan memerintahkan sahabat untuk berpuasa. Setelah Allah wajibkan puasa Ramadlan, beliau tinggalkan hari Asyura’. Siapa yang ingin puasa Asyura’ boleh puasa, siapa yang tidak ingin puasa Asyura’ boleh tidak puasa. (HR. Al Bukhari & Muslim)

Puasa Tasu’a (puasa tanggal 9 Muharram)
Dari Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma, beliau menceritakan:

حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((فإذا كان العام المقبل ، إن شاء الله ، صمنا اليوم التاسع )) . قال : فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم

Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melaksanakan puasa Asyura’ dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang yahudi dan nasrani. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tahun depan, kita akan berpuasa di tanggal sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah diwafatkan. (HR. Al Bukhari)

Adakah anjuran puasa tanggal 11 Muharram?

Sebagian ulama berpendapat, dianjurkan melaksanakan puasa tanggal 11 Muharram, setelah puasa Asyura’. Pendapat ini berdasarkan hadis:

صوموا يوم عاشوراء وخالفوا فيه اليهود وصوموا قبله يوما أو بعده يوما

“Puasalah hari Asyura’ dan jangan sama dengan model orang yahudi. Puasalah sehari sebelumnya atau sehari setelahnya.” (HR. Ahmad, Al Bazzar).

Hadis ini dihasankan oleh Syaikh Ahmad Syakir. Hadis ini juga dikuatkan hadis lain, yang diriwayatkan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubro dengan lafadz:

صوموا قبله يوماً وبعده يوماً

“Puasalah sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya”.

Dengan menggunakan kata hubung وَ (yang berarti “dan”) sementara hadis sebelumnya menggunakan kata hubung أَوْ (yang artinya “atau”).

Al-Hafidz Ibn Hajar menjelaskan status hadis di atas:

Hadis ini diriwayatkan Ahmad dan al-Baihaqi dengan sanad dhaif, karena keadaan perawi Muhammad bin Abi Laila yang lemah. Akan tetapi dia tidak sendirian. Hadis ini memiliki jalur penguat dari Shaleh bin Abi Shaleh bin Hay. (Ittihaf al-Mahrah, hadis no. 2225)

Demikian keterangan Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Munajed.

Sementara itu, ulama lain berpendapat bahwa puasa tanggal 11 tidak disyariatkan, karena hadis ini sanadnya dhaif. Sebagaimana keterangan Al Albani dan Syaikh Syu’aib Al Arnauth dalam ta’liq musnad Ahmad. Hanya saja dianjurkan untuk melakukan puasa tiga hari, jika dia tidak bisa memastikan tanggal 1 Muharam, sebagai bentuk kehati-hatian.

Imam Ahmad mengatakan:

Jika awal bulan Muharram tidak jelas maka sebaiknya puasa tiga hari: (tanggal 9, 10, dan 11 Muharram), Ibnu Sirrin menjelaskan demikian. Beliau mempraktekkan hal itu agar lebih yakin untuk mendapatkan puasa tanggal 9 dan 10. (Al Mughni, 3/174. Diambil dari Al Bida’ Al Hauliyah, hal. 52).

Disamping itu, melakukan puasa 3 hari, di tanggal 9, 10, dan 11 Muharram, masuk dalam cakupan hadis yang menganjurkan untuk memperbanyak puasa selama di bulan Muharram. Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sebaik-baik puasa setelah Ramadlan adalah puasa di bulan Allah, bulan Muharram.” (HR. Muslim)

Ibnul Qoyim menjelaskan bahwa puasa terkait hari Asyura ada tiga tingkatan:

a. Tingkatan paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari setelahnya.

b. Tingkatan kedua, puasa tanggal 9 dan tanggal 10 Muharram. Ini berdasarkan banyak hadis.

c. Tingkatan ketiga, puasa tanggal 10 saja.

(Zadul Ma’ad, 2/72)

Bolehkah puasa tanggal 10 saja?

Sebagian ulama berpendapat, puasa tanggal 10 saja hukumnya makruh. Karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallamberencana untuk puasa tanggal 9, di tahun berikutnya, dengan tujuan menyelisihi model puasa orang yahudi. Ini merupakan pendapat Syaikh Ibn Baz rahimahullah.

Sementara itu, ulama yang lain berpendapat bahwa melakukan puasa tanggal 10 saja tidak makruh. Akan tetapi yang lebih baik, diiringi dengan puasa sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya, dalam rangka melaksanakan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Dalam majmu’ fatawa, Syaikh Ibnu Utsaimin pernah ditanya:

Bolehkah puasa tanggal 10 Muharam saja, tanpa puasa sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya. Mengingat ada sebagian orang yang mengatakan bahwa hukum makruh untuk puasa tanggal 10 muharram telah hilang, disebabkan pada saat ini, orang yahudi dan nasrani tidak lagi melakukan puasa tanggal 10.

Beliau menjawab:

Makruhnya puasa pada tanggal 10 saja, bukanlah pendapat yang disepakati para ulama. Diantara mereka ada yang berpendapat tidak makruh melakukan puasa tanggal 10 saja, namun sebaiknya dia berpuasa sehari sebelumnya atau sehari setelahnya. Dan puasa tanggal 9 lebih baik dari pada puasa tanggal 11. Maksudnya, yang lebih baik, dia berpuasa sehari sebelumnya, berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Jika saya masih hidup tahun depan, saya akan puasa tanggal sembilan (muharram).” maksud beliau adalah puasa tanggal 9 dan 10 muharram….. Pendapat yang lebih kuat, melaksanakan puasa tanggal 10 saja hukumnya tidak makruh. Akan tetapi yang lebih baik adalah diiringi puasa sehari sebelumnya atau sehari setelahnya. (Majmu’ Fatawa Ibn Utsaimin, 20/42)

Basyira & Batrisyia

Basyira

Demam pulak dia.. Panas betol bdn.. Risau di buatnye...semoga cepat sembuh syg.. Mama sentiasa mendoakan utk ank2 mama ♥

Batrisyia

Batuk dan selsema.. Borong ubat kat clinic lina..



Kehilangan sesuatu...

Tiba2 aku rase mcm kehilangan sesuatu.. Tp aku x tau ape.. Terasa kosong....

Wednesday 30 November 2011

Mama♥♥

Pengorbanan mama buat ank2 mama...

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akant ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Tuesday 29 November 2011

Adehhh...

Hura hara hidup aku tanpanya..



Sahabat mr ayah

Hari ni sahabat mr ayah kritikal di hospital serdang.. Mr ayah ckp da tenat.. Baru 2 hari lps lepak same2.. Gelak.. Borak2..
Mr ayah sedih sgt..
Ya allah....Kau nak ambil kami tidak kira waktu dan masa.. Bila da tiba masanye x kira sihat atau tidak semua itu ttp akan berlaku..
Kau ampunilah segala dosa2nya.. Sesungguhnya kau yg maha mengampuni dan maha mengasihani.. Amin...

Maisara pelukis hebat ♥

Maisara yg berusia 2 tahun cuba melukis org lidi.. Hehe..
Dia kate dia lukis mama.. Kakak.. Kak ira... Dan dia sekali..

Monday 28 November 2011

Fikir

Cuba nak buat sesuatu fikir dulu..
Nak bercakap pon kene fikir dulu..
Tlngla kalo x nak fikir utk diri sndr terpulang.. Tp fikirla utk mereka2 yg semakin membesar..
Susah sgt ke???

Sunday 27 November 2011

Awal muharram.. Doa akhir tahun dan awal tahun

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"





DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


Orang2 yg sombong..renungan bersama

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam.

Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; (An-Nisaa' 4:36)

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah 2:7)

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Baqarah 2:195)

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Abdullah bin Umar radhiallahu’anhuma berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah SAW lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada
Rasulullah : “Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?”

Jawab Rasulullah SAW : “Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia.”

Kemudian lelaki itu bertnaya lagi : “Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?”

Jawab Nabi SAW : “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan untuk menghadapai mati.”


Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:85)

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Malia wedding ...

My pet sister wedding...
♥ Lia Malia ♥
Semoga kekal abadi selamanya...

My lovely princess

Merekalah segalanye buat aku 😊☺😘😍

Tired

Aku penat dgn mcm2 kerenah dan ragam "manusia"

Saturday 26 November 2011

Saya seorang yang pemarah”…

“Saya seorang yang pemarah”…

Bila saya terbaca artikal ini… saya rasa diri saya terlalu kerdil…saya sedar terlalu banyak kekurangan dalam diri saya… kadangkala terfikir juga… entah bagaimana rupa saya ketika marah…huhuhu…tentu hodoh kan!!!…
 
IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”.
 
Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:
 
1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.
 
2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.
 
3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
 
4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.
 
5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.
 
6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.
 
7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
 
8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.
 
9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?
 
10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.
 
11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah.

Sunday 11 September 2011

Asam Laksa

Saya yg gilakan asam laksa...love asam laksa to much...

1 bungkus laksa - direbus - sy beli yg dah siap punyer...
1 kg ikan kembung atau ikan selayang - disiang dan dicuci bersih - sy guna ikan kembung
1 liter air
5 biji cili merah - dibuang biji dan dikisar - sy lebihkan cili
5 biji cili padi -  dikisar - sy tambah
2 cm belacan - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
5 keping asam gelugur - sy lebihkan sebab suka masam2
1 tangkai daun kesum - sy letak lebih sikit sebab suka bau dia...
2 kiub ikan bilis - sy tambah
garam secukup rasa

Cara-caranye...

Rebus ikan dan ambil isinyer sahaja. Isi ikan tadi dihancurkan kasar2 sahaja.
(sy ambil tulang ikan tu bersama air rebusan ikan tadi dan kisar halus kemudian ita tapis ambil airnyer sahaja. Air tu ita gunakan untuk dikisar bersama dgn bahan2 kisar....)

Masukkan air rebusa ikan dan isi ikan kedalam periuk.
Kemudian masukkan bahan2 yg dikisar, asam gelugur dan daun kesum.
Masak atau rebus bahan ini hingga kuah mendidih.
Masukkan kiub ikan bilis dan garam secukup rasa. 
Biar sehingga kuah merenih dan boleh lah dihidangkan bersama bahan2 ulam- ulaman.

Mee Kari...Yummyy

Makanan kegemaran saya, lagi2 kalo letak kerang banyak2...mantap beb...

8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
1 cwn udang kering - direndam n dikisar
1 cawan rempah kari daging - saya guna BABAS
1 biji santan
2 inc halia - dititik
2 inc lengkuas - dititik
2 btg serai - dititik
3 kpg asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 kg daging / daging batang pinang
10 ekor udang - yg besar
fish ball
kerang
tauhu sponge yg dah goreng


Bahan2 yg dimakan bersama

Mee kuning
Timun dihiris halus
Tauge
Telur rebus 
Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng
Limau kasturi
Cili Jeruk - jika suka

Tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau. Masukkan rempah kari daging yg tlh dibancuh dgn air, halia,lengkuas dan serai. Masukkan air dan biar ia didih. Masukkan daging dan biar hingga daging empuk (jika tak pakai daging batang pinang rebus daging terlebih dahulu n masukkan dgn air rebusan sekali). Kemudian masukkan santan dan asam keping dan biar hingga merenih. Masukkan udang, kerang dan fish ball. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu sponge. Siappp!!

Mee Kari ni di makan bersama mee kuning, timun, tauge, telur, taburan bawang goreng dan hirisan daun sup n daun bawang. Perahkan limau kasturi untuk mendapatkan rasa dan aroma yg enak... kalau nak lagi pedas bolehlah dimakan bersama cili jeruk.

Lontong

Teringin pulak nak mkn lontong...



  •  5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inc halia
  • secekut udang kering
  • 1 inc belacan - jika suka
  • 1/2 inc kunyit
  • 1 batang serai
  • Kesemua bahan di atas diblend
  • 1 biji santan
  • kacang panjang - dipotong
  • sengkuang - dihiris
  • carot - dihiris
  • timun - di hiris
  • kobis - dihiris
  • tauhu - dipotong dan di goreng
  • tempe - dipotong dan digoreng
  • garam dan serbuk perasa

Cara-caranya

Tumis bahan yg diblend hingga naik minyak dan garing. Masukkan sedikit air dan biar dia masak dan didih. Masukkan santan dan kacau hingga masak. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa biarkan didih. Selepas itu masukkan kacang panjang, carot, timun, sengkuang, kobis, tauhu, dan tempe. Siap! tutup api.

Lontong ni makan bersama nasi impit, sambal tumis dan telur rebus boleh juga makan bersama kuah kacang, serunding dan rendang mengikut selera masing2