Saturday 31 December 2011

Rawatan jerawat menggunakan kaedah perubatan


Ubat-ubat jerawat disediakan dalam berbagai bentuk seperti:
• Ubat sapu (krim, losen, gel dan pencuci bentuk cecair)
• Ubat makan (pil, kapsul)

Terdapat pelbagai jenis rawatan jerawat bergantung kepada tahap keterukan. Ianya termasuk:

Emollients
Benzoil peroksida, asid salisilik
Hormon, termasuk pil perancang keluarga
Antibiotik
Retinoids - seperti Isotretinoin

Emollients

Fungsi Emollients adalah seperti mencairkan sisa/daki (terutama di zon T yang berminyak), menyingkirkan sel mati yang menyumbatkan liang roma, menghasilkan kulit yang licin dan lembut dan mengekalkan lembapan di kulit. Contoh bahan seperti Balneum.

Benzoil Peroksida, Asid Benzoik, Asid salisilik

Fungsi adalah untuk menghalang bakteria dan seterusnya menghalang pembiakan bacteria. Contoh ubat seperti:

Akneroxid 5 / Akneroxid 10, Benzac AC, Brevoxyl, Panoxyl (mengandungi benzoil peroksida)
Clearasil (mengandungi bahan aktif asid benzoik)
Palmer's skin success acne medication (mengandungi bahan aktif asid salisilik)
Hormonal (termasuk pil perancangan keluarga)

Berfungsi untuk menghalang penghasilan minyak, menghalang ovulasi dan mengatur kedatangan Haid (bagi wanita sahaja) Contoh ubat seperti Diane 35.

Antibiotik

Berfungsi untuk:

Menyerang kuman yang boleh membuat jerawat bertambah teruk
Menghalang pembiakan bakteria
Mengurangkan kemerahan dan bengkak
Jenis antibiotik yang perlu digunakan untuk merawat masalah jerawat pula adalah:

Tetracycline
Aknemycin, Eryderm (Erythromycin
C-mycin, Dalacin-T, Topicil (Clindamycin)
Retinoids

Berfungsi untuk:

Menghalang liang roma dari tersumbat
Memberi kesan anti-radang
Jenis ubat:

Isotrex, Oratane (Isotretinoin)
Retacnyl, Retin-A, Stieva-A, Tretinon (Tretinoin)

No comments:

Post a Comment