Tuesday 21 February 2012

♡♡ Rindu la kat awak ♡♡

Mr ayah g perak... 5 hr lg baru blik.. Tiba2 aku terasa sgt la rindu..
Rase nak peluk je dia.. Nak gado.. Nak gigit2... Tepok perut dia kuat2... Urut kaki dia...
Wahai rindu pergila kamu jauh2.. X tertanggung rasenye...
Dtgla keesokan hari sbb aku nak tido ni.. Huwaaaa...


Monday 20 February 2012

Apam mekar berkembang

Ok x apam sy ni.. Mcm x jd la.. Indah rupa dr rase.. Adehhhh..
Sy x de mixer la.. Sy adun guna blander.. Hahaha bole ke!!!
Org lain adun 30mnt.. Sy 10mnt pon x smp.. Mn nak jadi... Betol tak.. Tp sy le kongsi resepi..


Resepi apam mekar

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno

Caranya:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).

2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.

3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.

4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.


Thursday 9 February 2012

Ruam

Ank sy basyira mengalami ruam yg teruk... Menakutkan..
Adakah sy x pandai menjaga anak??

Wednesday 8 February 2012

Aksi berani mati

Tadi aku tgah syok2 romol ayam dgn bedak nya (kunyit la).. Tiba2 aku tdgr sesuatu terjatuh.. Kuat gile... Pastu tiba2 basyira menangis bagai nak gila... Rupa2nye dia terjatuh akibat yg dia cari sndr..
Basyira lakonkan semula..
Ade ke patut dia panjat jamban kemudian panjat sinki utk tgok cermin mcm "Mama" katenye..
Sekali jatuh terlentang.. Bengkak kepale belah belakang..
Betol2 menakut kan aku..
Mmg aku x sangka perkara tu boleh terjadi...

10 PERKARA YANG PERLU KITA LAKUKAN SETIAP HARI

1-Berzikir kepada Allah SWT ketika bangun daripada tidur.
2- Menutup aurat.
3- Menyempurnakan wuduk.
4- Menunaikan solat tepat pada waktunya.
5- Merasa tenang terhadap janji Allah SWT dalam urusan rezeki.
6- Qanaah ( menerima apa yang ada ).
7- Tawakkal ( berserah segala urusan kepada Allah SWT ).
8- Sabar menerima taqdir dan hukum Allah SWT.
9- Bersyukur terhadap nikmat Allah SWT.
10- Makan makanan yang halal.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 901.

CINTA MUTLAK..


~✿>> Jika Allah boleh menjadikan kita JATUH CINTA pada pandangan PERTAMA, 
Allah juga mampu menjadikan kita MEMBENCI seseorang dalam sekelip mata..
justeru, MENGAPA kita terlalu MENGAGUNGKAN cinta itu yang HAKIKATNYA bukan milik kita, tetapi MILIK MUTLAK Allah..♥♥

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN..


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)


Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,
lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan,
lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)


~~
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar,
tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Aku jahat..

Aku baru je sampai rumah dr Clinic KJ.. Basyira Asthma..
Sampai je kat area kilang arak.. Mr ayah call dia ckp kereta dia x bole start cos tempecer naik.. Kebetulan kete rosak kat area clinic tu jugak..
Aku pon apelg patah balik.. Paham2 je la lps tu.. Drive mcm di litar sepang..
Sampai kat jambatan pulau pinang.. Jem bagai nak gile.. Trafic light pon lame sgt..
Aku pon x bole nak beratur dan x boleh nak tggu sbb tlalu memikir kan mr ayah..
Aku jd jahat... Aku potong barisan.. Aku potong paling depan sekali.. Kereta waja tu apelg horn bagai nak gile la...
Yelah mn x nye...c waja tu punye la lame beratur.. Aku senang2 je momotong barisan.. Jahat la.. Sorry ye c waja.. Terdesak la..

JANJI!!!
TAK MO LG WAT CAM TU!!! Baru lesen P.. Da berani wat cm tu..

KLCC

Tarikh : 7/2/2012 LUNCH..

@ syed bistro Kelana Jaya..

K•A•M•I

Taman KLCc bersama ank2 dan mr ayah..

Thursday 2 February 2012

Cerita sedih

Cerita basyira di sekolah :

Basyira: "Hari ni sy xde kawan... Semua kawan x nak kawan dgn saya.. Sy pon x tau kenapa kawan2 x nak kawan dgn saya.."

Mama: "habis tu kak ira kawan dgn siapa... Kesian ank mama ni..."

Basyira: "sy kawan dgn pinggan je"..

Mama: ..... Terharu,.. Nak gelak pon ade...